//The Kayzèr™


♥ Kiamat #1
Wednesday, December 19, 2012 | 1 people talking
ﺍلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ‎

Kaifa halukum ya akhi wa ukhti? Alhamdulillah ya, kita berjumpa lagi untuk post yang kali ini dengan blog yang berwajah baru (sikit je, tak banyak pun perubahannya) dan diri saya yang baru, insya-Allah.

Untuk post yang kali ini ya sahabat, saya nak kongsi serba sedikit tentang Kiamat dan ini merupakan perkongsian yang pertama yang akan saya letak di ruangan "Islamic Studies" insya-Allah.

Bagi perkongsian untuk Kiamat #1 kali ini, saya akan menceritakan tentang Kronologi Tanda-Tanda Besar Kiamat & Hari Kiamat kepada kalian semua. Jom? :)

Kita telahpun mengetahui bahawa kemunculan Al-Masikh Dajjal itu merupakan salah satu tanda-tanda besar Kiamat (Kiamat Qubra). Berkaitan tempoh kemunculan Dajjal pula, ada hadith yang menyatakannya selama 40 tahun dan ada pula yang menyatakannya sebagai 40 hari:

Dalam hadith yang direkodkan oleh Imam Ahmad (6/454) dan juga Imam Hambal (54/1-2), juga menyatakan:

"Dajjal itu akan tinggal di bumi selama 40 tahun. Setahun bagaikan sebulan, sebulan bagaikan seminggu, seminggu bagaikan sehari, dan sehari bagaikan terbakarnya pelepah pohon kurma dalam api."
Dalam hadith yang lain pula, ada dinyatakan:

Kami bertanya, "Ya Rasulullah, berapa lamakah Dajjal menetap di bumi? Baginda menjawab, "40 hari, sehari bagaikan setahun, sehari bagaikan sebulan, sehari bagaikan seminggu, sedangkan baki lain-lain hari adalah seperti hari-harimu sekarang". Kami bertanya, "Ya Rasulullah, pada satu hari seperti setahun itu, cukupkah kami solat seperti solat kami sekarang ini?" Baginda menjawab, "Tidak, tetapi perkirakan sendiri."

[Hadith Riwayat Muslim]

Secara kesimpulannya, terdapat 2 pendapat yang mengatakan bahawa samada Dajjal itu muncul selama 40 tahun atau 40 hari.

KRONOLOGI TANDA-TANDA BESAR KIAMAT & HARI KIAMAT

TEMPOH 40 TAHUN DAJJAL:

1. Dajjal mengisytiharkan diri sebagai Tuhan.
2. Allah menimpakan meteor ke atas bumi, lantas mengakibatkan munculnya asap (Dukhan). Ini berlaku pada pertengahan bulan Ramadhan.

TEMPOH 40 HARI DAJJAL:

1. Langit menjadi gelap kerana ditutupi asap selama lebih daripada setahun. Dajjal dan para pengikutnya terjejas oleh asap berkenaan (wajah membengkak, buta dan pekak). Pada masa yang sama, orang beriman hanya ditimpa penyakit ringan kerana seakan gejala selesema.
2. 40 hari yang sama dengan 1 tahun, 2 bulan dan 2 minggu.
3. Nabi Isa muncul di Damaskus.
4. Nabi Isa membunuh Dajjal di Gerbang Ludd (Lyda), Israel.
5. Ya'juj dan Ma'juj (Gog and Magog) keluar.
6. Nabi Isa dan kaum Muslimin melarikan diri ke Bukit Tursina.
7. Ya'juj dan Ma'juj mati dengan berkat doa Nabi Isa.

ZAMAN KEMAKMURAN DI BUMI:

1. Nabi Isa menghapuskan agama palsu.
2. Nabi Isa berkahwin dan menunaikan haji di Makkah.
3. Nabi Isa meninggal dunia.

KEKAFIRAN MUNCUL KEMBALI:

1. Kemunculan golongan yang menyembah Nabi Isa.
2. Keluarnya binatang melata dari bumi (Dabbat al-Ard).
3. Matahari terbit dari barat.
4. Angin lembut mencabut roh orang beriman.

NAMA ALLAH TIDAK LAGI DISEBUT:

1. Dunia hanya dihuni oleh orang kafir -- patung Al-Laat, Al-'Usah dan dhil-Khissah disembah di Tanah Arab.
2. Zina berlaku di jalanan.
3. Majoriti bangsa Romawi.
4. Sangkakala pertama ditiup.

KIAMAT 1 (40 TAHUN):

1. Langit terbelah.
2. Mega supernova, matahari digulung, planet berselerakan, Bumi bergoncang.
3. Manusia mati secara berturutan.
4. Sangkakala kedua ditiup.
5. Seluruh umat manusia dihidupkan kembali.

KIAMAT 2 (MANUSIA BERDIRI DI HADAPAN ALLAH SELAMA 50,000 TAHUN):

1. Syurga.
2. Neraka.

Sekian, moga bermanfaat.

والله أعلم بالصواب

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


Jazakumullahu khayran kathira for reading my post :)




Older Post . Newer Post



Copyright © 2012 Kayzèr™