//The Kayzèr™


♥ | Dua Hala.
Sunday, July 29, 2012 | 0 people talking
Assalamualaikum,


Dua hala? Ya, memang segalanya sekarang ni dah bertukar menjadi dua hala. Apa-apa sahaja dalam kehidupan saya sekarang dua hala. Dua hala yang dimaksudkan adalah perkara keduniaan. Dua hala dalam perkara keduniaan, tapi hasilnya nanti adalah utk akhirat. Itu maksud saya.

Dua hala.
Pertama adalah dalam hal-hal akademik. Selepas melihat abang saya pergi ke Universiti Selangor (UNISEL) dan apply utk course TESL (Teaching English as a Second Language) saya rasa dah bersemangat sikit nak belajar so that nanti lepas habis sekolah, boleh lah saya masuk universiti macam abang saya. Tapi saya dah bercita-cita utk pergi ke jauh, iaitu nak apply utk universiti luar negara. Semuanya tak mustahil, bak kata pepatah, dan pengetua saya selalu pesan, "Orang yang berusaha pasti akan berjaya".

Dua hala.
Kedua adalah dalam hal-hal sosial. Dalam era globalisasi ni memang banyak cabaran yg kita kena hadapi terutamanya kalau kita dah terlibat dalam dunia internet, dunia maya ni. Mesti kena berhati-hati dengan apa sahaja yg bakal datang menempuh laluan kita. Andai leka maka habislah, habislah segalanya.

Dua hala.
Yang pasti, sesiapa sahaja yg berusaha layak utk berjaya. Pengetua selalu cakap, "Orang yg berjaya adalah orang yg biasa yg berusaha secara luar biasa". Manusia diperintahkan oleh Allah SWT utk menjadi khalifah di muka bumi ini seraya memakmurkan dunia. Ada pelbagai cara utk memakmurkan dunia, antaranya dengan menimba ilmu dan menggunakannya ke arah fisabilillah.

Dan (ingatlah) ketika Rab (Tuhan) engkau berfirman kepada para malaikat: “Sesungguhnya Aku (Allah) hendak menjadikan seorang khalifah (wakil) di bumi.” Mereka (malaikat-malaikat) bertanya: “Adakah Engkau (Allah) hendak menjadikan padanya (di bumi) orang yang akan melakukan kerosakan di dalamnya dan menumpahkan darah, padahal kami bertasbih dengan memuji-Mu (memuji Allah) dan mensucikan-Mu (mensucikan Allah)?” Dia (Allah) berfirman: “Sesungguhnya Aku (Allah) mengetahui apa yang kamu tidak mengetahuinya.”
[Quran: Surah 2 Al-Baqarah, ayat 30]

And (remember) when your Lord said to the angels: "Verily, I am going to place (mankind) generations after generations on earth." They said: "Will You place therein those who will make mischief therein and shed blood, - while we glorify You with praises and thanks (Exalted be You above all that they associate with You as partners) and sanctify You." He (Allah) said: "I know that which you do not know."
[Quran: Chapter 2 Al-Baqarah, verse 30]

Wallahua'lam.

Dan ya, memang saya seorang pelajar yg bercita-cita tinggi. Tetapi saya masih lagi berusaha nak kenal diri saya. Kadang-kala saya sendiri susah nak faham apa yg saya nak.

Oh ya, saya masih lagi hidup alhamdulillah. Sihat walafiat. Cuma dah nak dekat 1 bulan tak update blog sebab saya busy. Busy? Hanya Allah sahaja yang tahu.

Semoga bermanfaat. Assalamualaikum.

@AtifaLiaa (Twitter) - I'm more active here.
Alia Kayzèr (Facebook)


Jazakumullahu khayran kathira for reading my post :)




Older Post . Newer Post



Copyright © 2012 Kayzèr™