//The Kayzèr™


♥ | Mengapa Itu Pilihanku?
Friday, March 09, 2012 | 2 people talking
Assalamualaikum.


Gambar di atas menunjukkan gambaran Nebula di angkasa lepas. Nebula merupakan awan antara bintang habuk, gas hidrogen dan plasma. (A Nebula is an interstellar cloud of dust, hydrogen gas and plasma.)

Assalamualaikum.

Saya harap semua yg membaca entry kali ni sihat2 sahaja. Utk pengetahuan semua, saya baru je habis exam P1 pagi tadi subject Additional Mathematics. Alhamdulillah, boleh jawab dgn sempurna so far <3

Entry kali ni, saya nak sentuh sedikit sebanyak pasal cita2 saya iaitu ingin menguasai bidang Astronomi atau Astrofizik. Asalkan ia berkaitan dgn angkasa lepas, yes that is soon-to-be mine.

Cita2 saya adalah utk menguasai ilmu astronomi. Kenapa? I mean, WHY MUST ASTRONOMY? Why not Biology? Why not Chemistry? Dalam hati ini ingin sahaja menceritakan 1001 sebab, tp biarlah saya cerita yg penting je.

Sebab pertama, adalah menjadi kewajipan saya sebagai umat Islam yg berhasrat utk mengenali betapa indahnya ciptaan Allah SWT, Tuhan sekalian alam yg mencipta langit dan bumi. Astronomi merupakan bidang yg dikaji sejak dahulu kala lagi, sejak Tamadun Mesopotamia lagi. Ia merupakan sebuah bidang yg mengkaji angkasa lepas, sifat2 yg ada pada fizikal planet dan angkasa itu. Bukankah itu semua ciptaan Allah? Saya sangat kagum dgn tu, sebab tu lah astronomi menjadi pilihan saya. Saya harap, kalau saya dapat kuasai astronomi, saya takkan menjadi sngt taksub dgn apa yg dikaji so that saya akan sentiasa mengingati Allah SWT yg telah mencipta segala benda yg saya AKAN kaji, insya-Allah.

Sebab kedua, adalah menjadi minat saya utk mengetahui bagaimana planet bergerak dalam sistem suria dan bagaimana setiap planet itu beroperasi. Saya juga sangat berminat nak tahu pasal kelahiran dan kematian bintang seperti matahari, komet dan meteor. Bagaimana mulanya black hole yg mempunyai tahap tarikan graviti yg begitu tinggi, yg mampu menyerap segala benda, dan apa2 sahaja yg lalu hadapan black hole takkan terlepas WALAUPUN cahaya. Bayangkan, cahaya yg bergerak sebanyak 9,999,999,999km per saat itu, black hole boleh serap? Ya Allah. CiptaanMu itu sungguh menakjubkan.

Sebab ketiga, saya teringin utk berjaya dlm bidang Physics dan Additional Mathematics, tp dengan cara yg berbeza. Saya dpt tahu yg bidang astrofizik ni memerlukan penguasaan dlm subjek Physics and Additional Mathematics, so sebab tu saya pilih astrofizik.

Saya yakin tu je yg saya nak cakap. Tidak salah utk bercita-cita, tetapi ia perlulah ada usaha. Wallahua'lam, semuanya ketentuan Allah. Semoga Allah memberikan hidayah kepada saya. Amin.

A. K


Jazakumullahu khayran kathira for reading my post :)




Older Post . Newer Post



Copyright © 2012 Kayzèr™