//The Kayzèr™


♥ | Kerana Itulah Aku Hidup.
Wednesday, February 29, 2012 | 0 people talking
Assalamualaikum.



So, entry utk harini setelah lama tak update.

Ya Allah, sesungguhnya aku berada di dunia ini adalah hanya utk 5 perkara Ya Allah, iaitu utk menyampaikan dakwah, menyambung perjuangan Rasulullah SAW, menimba ilmu sehingga aku mati, menjadi insan yg berjaya di dunia dan di akhirat, dan juga berjasa kpd ibu bapa dan negara. Sesungguhnya itu sahajalah hajat yg aku mahu utk berada di dunia ini sebelum aku bertemu denganMu Ya Allah, Tuhan sekalian alam yg Maha Mencipta langit dan bumi.

Tetapi aku redha Ya Allah, sepanjang aku menjalankan hidupku di sana sini dan menegur orang lain (juga atas dasar mengingatkan diriku sendiri), aku telah dilemparkan dgn pelbagai sindiran dan kutukan kononnya aku bajet alim agama sahaja, nak beri ceramah sana sini.

Maka sesungguhnya aku tahu Ya Allah, itulah dugaan. Maka kuatkanlah imanku, akidahku supaya aku akan tetap mengamalkan yg makruf dan mencegah yg mungkar kepada manusia akhir zaman ini Ya Allah. Amin ya rabbal alamin~

Sekian sahaja entry utk kali ini, saja je update utk 29 Februari 2012. Rugi k, hanya 4 tahun sekali sahaja :D
Ok lah, that's all, walaupun hati sebak mengenang keindahan ciptaan Allah, tapi biarlah ia hanya di antara saya dan Allah SWT. Assalamualaikum.

AKay


Jazakumullahu khayran kathira for reading my post :)




Older Post . Newer Post



Copyright © 2012 Kayzèr™