//The Kayzèr™


♥ | BBB’s Request: Tutorial Guna PaintTool SAI Buat Illustration (Semi-Realism)
Monday, December 26, 2011 | 2 people talking
Hello. Assalamualaikum kepada semua yg membaca ne. Hehee :3 Especially warga BBB yg telah mengemukakan permintaan daripada saya utk buat tutorial ilustrasi benda alah ne. Haha…so disini saya nak tunjuk laa cara2 saya illustrate benda alah ne macam mana. Di bawah ne ialah illustration saya:


Tapi sebelum tu saya nak minta maaf banyak3. Sebab originally saya cakap saya akan submit tutorial ne DUA HARI LEPAS, tapi the last two days tu saya busy lahh. Lagipun art ne belum siap lagi masa tu. Then saya promise pulak dekat BBB yg saya akan submit SEMALAM, tapi lain pulak jadinya. Semalam pun busy tahap dewa =___= Saya kena kemas bilik saya yg mengalahkan tongkang pecah tu, then kena buat kerja2 pertukangan almari saya yg dah RAPUH gila nak mampus. LOL. Saya suka buat kerja2 pertukangan ne, hohoho.

>Right…so saya tak nak membebel panjang2 nanti awak semua bosan :O So let’s start.

PERHATIAN: Saya TAKKAN tunjuk cara2 yg DETAIL macam mana saya buat benda ne. Saya consider awak semua dah RETI melukis cuma awak semua tak reti mewarna lagi. KESIMPULANNYA, tutorial ne BUKAN utk amateurs, tapi utk beginners in illustration. SILA FAHAM.

  1. First of all, korang kena buat base dia. Pastikan BASE dia ne atas layer background. Layer 1 dekat SAI korang tu kena tinggalkan BERSIH, jangan kacau pun sebab nanti senang nak buat BG. Buat satu layer baru then setkan mode dia ke NORMAL. (Kalau nak senang, buat Layer Set.)



  1. Macam saya cakap saya TAKKAN tunjuk specific details, saya anggap awak semua dah pandai melukis. Cuma teknik je ok. Macam mana exactly nak blend skin colours? Let me show you here: (SILA CLICK KALAU NAK BESAR. KALAU NAK LEBIH JELAS, SAVE DAN ZOOM SENDIRI)



  1. Seterusnya buat rambut. Rambut ne susah sikit, jadi kalau siapa yg tak faham, nanti saya buat tutorial video ok. Tapi tak janji, lebih baik awak tanya saya daripada saya buat video, haha. Sebab saya malas sikit =___=


  1. Cara nak blend rambut? Susah sikit kalau awak tak godek2 dulu SAI tu. Saya sarankan baik jadi best friend SAI dulu kalau tak SAI tak suka korang. LOL.


  1. Next, mata. Mata ne, saya just tunjuk specific preview saja sebab saya pun conteng2 je mata ne. Asalkan ada shape mata, saya kira complete dah. Haha. Belasah je apa2 asalkan dia jadi mata =w=




  1. Final round, buat laa baju dia. Hehehe.



  1. So here’s the way to blend clothes. Caranya agak sam a dengan cara nak blend skin, tapi saya tunjuk jugak demo ne.


  1. Finally…siap pon. Here’s the result!



ATTENTION: Background buat sendiri dekat Layer 1 yg korang tinggalkan tadi. Kalau korang warna kat atas layer tu korang takkan kacau warna lain sebab korang dah tinggalkan layer BG awal2 lagi. Itu laa untungnya tinggalkan Layer 1 bersih2 dari awal, hee.

Selamat mencuba. Kalau ada apa2 soalan just tanya saya dekat blog ne ataupun add saya dekat FB: http://www.facebook.com/alia.kayzer

See you soon.

A. Kayzèr

Psst: Alhamdulillah dapat 8A dalam PMR. Terima kasih Allah (:


Jazakumullahu khayran kathira for reading my post :)




. Newer Post



Copyright © 2012 Kayzèr™