//The Kayzèr™


♥ Macam-Macam Hal.
Wednesday, January 09, 2013 | 3 people talking
ﺍلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ‎

Tiba-tiba tergerak hati saya nak tulis entry tentang Perkhemahan Bersepadu Unit Beruniform SMK Clifford, Kuala Lipis, Pahang Darul Makmur sesi 2012. Heeee. Rasa rindu sangat dengan geng-geng Kadet Bomba & Penyelamat Malaysia (KBPM) tahun lepas. Tahun ni, pun okay juga :)‎


Maaf, muka saya perlu dimerahkan kerana terlalu lucu, hehe. Banyak kan hamper yg pasukan kami dapat? :D


Tapi! Saya belum rasa nak cerita tentang perkhemahan tahun lepas lagi, cuma nak cerita sikit pasal Mesyuarat Agung Badan Beruniform, Kelab & Persatuan dan Sukan & Permainan bagi sesi 2013, yang baru sahaja diadakan pada pagi tadi di sekolah :) Saya rasa agak excited sikit untuk Mesyuarat Agung kali ni...sebaaabbb.....guess whaaatt? :D Majoriti, pelajar Tingkatan 5 yang MENDOMINASI jawatan-jawatan AJK Tertinggi di setiap unit! Haha. Termasuk saya :D (Definitely no chance at all for Pre-U [Form Upper 6] students, NEVER! Haha *evil laugh*)‎

‎ Pagi tadi, sebelum mesyuarat dimulakan, macam biasalah, kena ada perhimpunan dulu pukul 7.30am hingga 8.10am. Perhimpunan kali ini dibuat di Pavilion SMK Clifford, bukan seperti biasa di Dewan Tun Abdul Razak (Dewan TAR). Tak apalah, perhimpunan kat Pavilion pun okay. Hari ini hari Rabu, so perhimpunan kali ini adalah Perhimpunan Kokurikulum, semua wajib pakai uniform yang lengkap.‎

Masa sampai kat padang di hadapan Pavi, terus saya ambil kedudukan di barisan perempuan KBPM. Tapi, saya tengok kat depan tak ada commander lagi, yang mana setiap unit wajib ada commander yang bagi command kat depan. Bila difikir-fikirkan, Form 5 yang tinggal cuma saya, Wani, Intan dan Farah. So apalagi, salah seorang antara kami command lah, tapi Farah tak datang, so antara saya, Wani dan Intan je. Kami pun argue memanjang, sekejap suruh Wani command, pastu Intan, tiba-tiba lastly, saya pula. Saya rasa, okay je kalau command sebab dulu saya pernah command KBPM perempuan masa budak-budak KBPM lain buat Kawad Hos Basah. So saya pun ambil keputusan untuk cuba command sekali lagi. Tapi rasanya, Wani lebih layak kot sebab dia adalah Sarjan KBPM, dia pernah pergi Perkhemahan KBPM sampai peringkat Kebangsaan. Tapi...entahlah, suara saya kuat kot? Haha!‎

Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Nasib baik tak terketar-ketar masa bagi command sebab barisan KBPM lelaki & perempuan memang ada straight kat depan cikgu-cikgu lelaki. Nak nak lagi Cikgu Mazlienor (Guru Penasihat KBPM yang merupakan Cikgu Fizik saya) asyik pandang je kat saya and ahli KBPM yang lain. Macam tak puas hati pun ada. Haha.‎

Then, kami kena teruskan sesi P&P macam biasa tapi sebelum rehat sahaja lah. Selepas rehat, kena pergi Mesyuarat Agung. Pagi tu after assembly, belajar Kimia macam biasa, nasib baik cikgu tak nak check CCC (Cuti-Cuti Clifford, kerja masa cuti) lagi sebab ada la dalam 2-3 soalan saya tak siap, hehe. Pening kepala nak jawab soalan, especially tajuk Acids & Bases, Salts dan Manufactured Substances in Industry.

Kemudian selepas rehat, pada pukul 11.00am saya terus bergerak ke kelas 1 Pending 1 (1P1) sebab Mesyuarat Agung KBPM dibuat di situ. Kemudian, pukul 11.50am pula masih stay di kelas 1P1 sebab English Language Society (ELS) buat Mesyuarat Agung di situ juga. Kemudian, pukul 12.40noon ke 1P4 pula, sebab Kelab Ping Pong buat Mesyuarat Agung di situ. Sebenarnyaaa...saya nak masuk Kelab Memanah atau Silat, tapi...tak ada geng T__T. Kemudian yg terakhir, pukul 1.40pm saya ke Dewan Makan Asrama sebab rumah sukan saya iaitu Leonard (biru), buat Mesyuarat Agung di situ. DAAANN...ini keputusannya!!!‎

JAWATAN-JAWATAN YANG SAYA SANDANG (nampak sangat gila kuasa)
Unit Beruniform - Kadet Bomba & Penyelamat Malaysia
Jawatan: Naib Setiausaha

Kelab & Persatuan - English Language Society
Jawatan: Naib Pengerusi

Sukan & Permainan - Ping Pong (permainan), Leonard (sukan)
Jawatan: Naib Pengerusi (bagi permainan sahaja)
SO YES!!! Finally, tahun 2013 merupakan tahun terakhir bagi saya dan jawatan yang saya dapat.....semua ada NAIB di hadapannya. Mengapakah? Tak puas hati betul, haha. (Bukti kedua bahawa saya gila kuasa).‎

Itulah kisahnya. Sebenarnya kan, bukannya saya ni gila kuasa, tapi...saya tak yakin kalau sesuatu benda tu saya tak terlibat. Bukannya sebab rasa diri sendiri hebat, tapi rasa macam benda tu kita patut involve sebab nak dapat experience :) Insyaa-Allah, ketiga-tiga jawatan yang merupakan amanah ini saya akan jaga elok-elok, dan akan laksanakannya dengan sempurna, insyaa-Allah. Allahumma aameen. :)‎

Itu sahaja lah. Saya nak kena buat kerja sekolah dulu, esok memang banyak kerja kena hantar! Huuhh. Baiklah, semoga kita berjumpa lagi insyaa-Allah :)‎

والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته


Jazakumullahu khayran kathira for reading my post :)




Older Post



Copyright © 2012 Kayzèr™